Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Simpang Empat terletak di antara jalan utama Alor Setar-Sungai Petani. Mempunyai kemudahan homestay berhadapan dengan Stesen Minyak Caltex Simpang Empat. Selain itu, terkenal dengan Restoran Nasi Kandar Haji Ramli di sekitar kawasan Simpang Empat dan di luar kawasan.

Majori penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan Cina.Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Simpang Empat ini adalah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Klinik Kesihatan Simpang Empat, Pusat Jahitan, Kedai Aksesori Komputer dan lain-lain.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya