Program Mereka Poster Hari Raya Aidilfitri

9 Jun 2017 | Jumaat
2.30 petang – 4.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Simpang Empat, Kedah

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menguji kemahiran menghasilkan poster mengikut kreativiti peserta. Selain itu, program ini bertujuan mencungkil bakat peserta dalam menghasilkan seni mengikut daya fikiran mereka.

Kelebihan:
1. Matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil bakat peserta dalam penghasilan poster.
2. Program ini jugak dapat mengajar peserta untuk menghasilkan poster.
3. Program ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk datang ke PI1M Simpang Empat.

Penglibatan:
- Masyarakat Simpang Empat

Aktiviti Berkaitan:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat untuk program oleh pengurus Pusat Internet 1Malaysia Simpang Empat, Rabiatun Adawiyah Hamzah. Program berlangsung dengan peserta mula menghasilkan poster mengikut kreativiti mereka. Daripada program ini, dapat dilihat para peserta mempunyai skil mereka yang tersendiri.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama