SIARAN LANGSUNG MELALUI FACEBOOK : TAKLIMAT MENGENAI “PERSOALAN PEDi”

Aktiviti terkini | 25 November 2021

Tempat Aktiviti:
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) SIMPANG EMPAT

Ringkasan Aktiviti :
Siaran lansung ini adalah gabungan bersama Pusat Ekonomi Digital Simpang Empat dan Pusat Ekonomi Digital Kampung Baru Gua Musang mengenai topik “Persoalan PEDi”

Tujuan :
• Tujuan siaran lansung ini adalah untuk memberitahu masyarakat setempat mengenai apakah matlamat PEDi yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti. Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
• Facebook Live ini juga memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat setempat untuk memajukan ekonomi keluarga melalui perniagaan secara atas talian dan digalakkan untuk datang ke PEDi berdekatan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 02.45 Petang : Persediaan tempat dan semak coverage internet
• 03:00 Petang : Tayangan Facebook Live dimulakan dan di Host kan oleh PEDi Simpang Empat.


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui perkongsi mengenai matlamat PEDi akan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengikuti pelbagai kursus dan Latihan berasaskan ICT,mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam perniagaan e-dagang,serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital,penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
• Masyarakat tahu dengan lebih jelas mengenai matlamat PEDi yang bukan sekadar tempat untuk menggunakan computer,internet tetapi membantu masyarakat dari aspek keusahawanan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :