SIARAN LANSUNG MELALUI FACEBOOK : TAKLIMAT MENGENAI TOPIK “TIPS PULANG KE KAMPUNG”

Aktiviti terkini | 16 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Simpang Empat

Ringkasan Aktiviti :
Siaran lansung ini adalah gabungan bersama Pusat Internet Komuniti Simpang Empat dan Pusat Internet Komuniti Kampung Baru Gua Musang mengenai topik “Tips pulang ke kampung”

Tujuan :
• Tujuan siaran lansung ini adalah untuk memberi panduan kepada masyarakat mengenai tips sebelum,semasa dan selepas pulang ke kampung. Siaran lansung ini diadakan selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia memberikan kebenaran merentas negeri setelah hampir bertahun akibat Pandemik Covid-19.
• Walaupun teruja dan gembira untuk merentas negeri,masyarakat harus mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum pulang ke kampung ,langkah keselamatan seperti Ujian Saringan Covid-19 dan bagi yang bergejala minta ditangguhkan untuk pulang ke kampung.
• Menyedarkan dan mengingatkan masyarakat supaya langkah keselamatan rumah/kediaman dan penyelenggaraan kenderaan wajib dilakukan sebelum pulang ke kampung.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 02.45 Petang : Persediaan tempat dan semak coverage internet
• 03:00 Petang : Tayangan Facebook Live dimulakan dan di Host kan oleh Pusat Internet Komuniti Simpang Empat


Kelebihan Aktiviti :
• Memastikan tips keselamatan sampai kepada masyarakat supaya peningkatan kes Covid-19 dapat dihentikan atau dikurangkan.
• Sentiasa berhati-hati walaupun dalam keterujaan dan kegembiraan untuk bertemu keluarga.
• Melatih diri untuk menjadi masyarakat yang tidak pentingkan diri sendiri.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :