PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN

Aktiviti terkini | 26 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Simpang Empat

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program Advokasi Mykafeteen diadakan secara fizikal melibatkan seramai 6 orang peserta sekolah menengah bertempat di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat. Penceramah untuk program ini ialah Puan Diana daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja seperti implikasi hubungan bebas berlainan jantina dan bagaimana cara untuk memelihara kehormatan diri di zaman yang serba canggih kini.
• Melalui program ini remaja yang terlibat tahu saluran yang betul untuk membuat aduan mengenai masalah sosial dalam kalangan mereka atau rakan sekeliling.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10.45 Pagi : Persediaan tempat dan sesi pendaftaran.
• 11:00 Pagi : Kelas bermula di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat


Kelebihan Aktiviti :
• Remaja lebih tahu bagaimana untuk memelihara kehormatan diri.
• Berusaha memantapkan ilmu dan amal untuk membendung diri daripada masalah social.
• Menjadi remaja yang lebih tegas dan berani untuk mengatakan “TIDAK”.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :