PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN II

Aktiviti terkini | 25 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Simpang Empat

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program Advokasi Mykafeteen diadakan secara fizikal melibatkan seramai 5 orang peserta sekolah menengah bertempat di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat.

Tujuan :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai akil baligh remaja perempuan oleh Pegawai LPPKN(Puan Faridah )
• Melalui program ini,remaja perempuan dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai perubahan atau tanda akil baligh pada diri mereka.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10.15 Pagi : Persediaan tempat dan sesi pendaftaran
• 10:30 Pagi : Program bermula di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat


Kelebihan Aktiviti :
• Para remaja dapat mempelajari ilmu akil baligh yang sangat penting.
• Remaja yang sudah akil baligh akan berusaha menjaga pergaulan untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
• Menjadi seorang remaja yang mempunyai sahsiah dan menjaga maruah diri.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :