PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 28 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Simpang Empat

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program Klik Dengan Bijak ( Online Grooming ) diadakan secara fizikal melibatkan seramai 7 orang peserta sekolah rendah dan menengah bertempat di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat.

Tujuan :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai Online Grooming oleh Pengurus PEDi.
• Program ini dijalankan bagi mengurangkan bilangan kanak kanak yang telah ditipu atau diperdaya oleh pemangsa yang berniat jahat.
• Online Grooming bermaksud pembentukan atau didikan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya seseorang kanak-kanak itu mendengar kata-kata/suruhan pemangsa.
• Kebiasaannya dilakukan untuk pelbagai tujuan termasuk seksual, keganasan, jenayah dan lain lain.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10.45 Pagi : Persediaan tempat dan sesi pendaftaran.
• 11:00 Pagi : Program bermula di Bilik Latihan PEDi Simpang Empat
• 12 :05 Tengahari : Jamuan Hari Raya Aidilfitri



Kelebihan Aktiviti :
• Para remaja dapat mempelajari taktik pemangsa untuk memerangkap mangsa menggunakan kaedah Online Grooming.
• Remaja akan sentiasa berhati-hati terutamanya semasa menggunakan Media Sosial ( Facebook,Instagram dan sebagainya ).
• Memberi kesedaran awal terhadap kanak -kanak akan bahayanya mengenali seseorang di alam siber tanpa selidik dahulu latar belakang mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :