Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Pekan Simpang Empat terletak di antara jalan utama Alor Setar-Sungai Petani. Mempunyai kemudahan homestay berhadapan dengan Stesen Minyak Caltex Simpang Empat. Selain itu, terkenal dengan Restoran Nasi Kandar Haji Ramli di sekitar kawasan Simpang Empat dan di luar kawasan.

Majori penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan Cina.Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Simpang Empat ini adalah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Klinik Kesihatan Simpang Empat, Pusat Jahitan, Kedai Aksesori Komputer dan lain-lain.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KELAS ONLINE OBS STUDIO

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2020

Tujuan utama kelas ini adalah untuk ,meningkatkan kemahiran membuat video,live streaming dan sebagainya....baca selanjutnya

VIDEO ICT

Aktiviti Terkini | 18 NOVEMBER 2020

Tujuan utama video ini untuk mempelajari microsoft word....baca selanjutnya

KELAS PENGATURCARAAN (MIKROBIT)

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2020

Tujuan utama aktiviti ini mengetahui asas dalam pengaturcaraan Microbit...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (TAKLIMAT DAN KUIZ)

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran penggunaan internet secara bijak...baca selanjutnya

Latihan Penggunaan Webcam

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mempelajari asas penggunaan webcam....baca selanjutnya

POSTER COVID-19

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap ancaman Covid-19 yang sedang berlaku di Malaysia...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

CANVA.COM>

Aktiviti Terkini |6 Mac 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk pembelajaran asas canva.com...baca selanjutnya

LATIHAN PENGGUNAAN SKETCHUP 3D

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk pembelajaran asas sketchup 3d printer...baca selanjutnya

KAHOOT

Aktiviti Terkini |4 jan 2020

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk penguasaan pembelajaran atas talian.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya