Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Pekan Simpang Empat terletak di antara jalan utama Alor Setar-Sungai Petani. Mempunyai kemudahan homestay berhadapan dengan Stesen Minyak Caltex Simpang Empat. Selain itu, terkenal dengan Restoran Nasi Kandar Haji Ramli di sekitar kawasan Simpang Empat dan di luar kawasan.

Majori penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan Cina.Di antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan Simpang Empat ini adalah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Klinik Kesihatan Simpang Empat, Pusat Jahitan, Kedai Aksesori Komputer dan lain-lain.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM LITERASI ICT

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2022

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan para peserta mengenai ilmu ICT...........baca selanjutnya

PROGRAM KEREMAJAAN BERSAMA LPPKN KEDAH

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Tujuan program ini adalah untuk mengurangkan atau membanteras masalah sosial dalam kalangan remaja..........baca selanjutnya

KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD SIRI 2

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Tujuan kelas asas Microsoft Office Word untuk memberi pendedahan asas cara mengunakan Microsoft Office Word dengan betul.........baca selanjutnya

PROGRAM FIRE DRILL

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2022

Mendedahkan kepada petugas PEDi pengalaman apabila menghadapi bahaya kebakaran........baca selanjutnya

KELAS ASAS MICROSOFT OFFICE WORD SIRI 1

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Tujuan kelas asas Microsoft Office Word untuk memberi pendedahan asas cara mengunakan Microsoft Office Word dengan betul........baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA KOMUNITI DAN JABATAN PENERANGAN DAERAH KOTA SETAR

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022

Tujuan program ini adalah untuk menyambut hari kemerdekaan disamping mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk.........baca selanjutnya

TYPINGTEST.COM

Aktiviti Terkini | 15 Jul 2022

Tujuan aktiviti ini adalah untuk belajar cara menaip dengan pantas dan betul serta melahirkan pelajar yang celik IT.........baca selanjutnya

WEBINAR SHOPEE UNI ASAS & PERTENGAHAN

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai platform Shopee secara lebih menyeluruh kepada Petugas PEDi..........baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai Online Grooming oleh Pengurus PEDi.........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai Sexual Grooming oleh Pegawai LPPKN........baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN II

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi ilmu mengenai akil baligh remaja perempuan oleh Pegawai LPPKN(Puan Faridah ).......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2022

Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai masalah sosial dalam kalangan remaja seperti implikasi hubungan bebas berlainan jantina dan bagaimana cara untuk memelihara kehormatan diri di zaman yang serba canggih kini..........baca selanjutnya

CANVA.COM

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022

Melalui Aplikasi ini,para pelajar dapat mencipta kad hari guru,jadual persekolahan secara atas talian dengan lebih kreatif..........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya